Want your
own Fotopage?











 
taufico's FotoPage

By: taufico tajudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Trip to Makkah

depan rumah Saidatina Khadijah
Close up skit
my sis n Unta
pak abu TJ Ustaz n
pakai kurta dia atas JAbal nur
baru lepas niat umrah
menunggu maseuntuk solat di dlm gua Hira'
cantik unta
unta yg gatal
View all 14 photos...


Bergambar selepas sampai ke puncak Jabal Nur




Keletihan menunngu giliran untuk solat sunat di dlm Gua Hira'



Unta Tj ..akak

biler ko nk update gambo2 nih...?????
Wed 11-Jan-2006 19:27
Posted by:NoName
bumi mekah... tanah suci Allah.. berbanggalah kamu terpilih menjadi tetamuNya. moga kesempatan yg diberi membawa rahmah pd sekalian umat manusia..
Sat 25-Mar-2006 12:40
Posted by:aisyah humairah ummul_quraa@yahoo.com
bila la dia nak update
uhhuuhuh
Sun 22-Oct-2006 15:11
Posted by:Joe  - [Link]
Add comment


Friday, 9-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
WIRELESS

depan kelas..P04



jack , kak nani, anis, aru ...tj

PO4 ...kat mana yeaaaa....ingat2 lupa .... uhuhuhuh
Wed 14-Sep-2005 13:56
Posted by:Nik Joe nik-johari.nik-mat@shell.com  - [Link]
isk..isk..isk...tak sampai pon lima tahun dah lupa.... ...kat makmal CAd ..ingat tak ..?..klu tu pon lupa ..tak dapek nak nolong ..hehhehe
Wed 14-Sep-2005 14:35
Posted by:fernando jose  - [Link]
asswrwb. aku dari medan mau kenal sama kamu2 disana, mhn maaf kalau aku terlalu lancang, aku mau alamat temen-temen untuk saling tukar pengalaman
Sat 3-Jun-2006 04:36
Posted by:agus munandar munandarramah@yahoo.com
Add comment


Saturday, 13-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Special Entry ....special tu Ednel Acap

Depan Makam dimana bersemadinya Baginda Rasulullah s.a.w
Depan Babul Umrah..aku jumpa Prof. Dr. Norsheila kat cnih
kat padang Arafah
View all 6 photos...


Depan Hotel Zahret ..sebelah kanan tu Masjidil Haram





Dihadapan Makam Rasulullah s.a.w yang berbumbung hijau itu





Di atas jabal UHUD

hai knizam..anto email ko kat tauficojose@yahoo.com.sg ..nnt aku bg ko ek..
Sun 14-Aug-2005 14:07
Posted by:fernando jose  - [Link]
barakallahu fiik...moga Allah memberkati ustaz kita nih..amiinnn.
Mon 15-Aug-2005 10:34
Posted by:rokiahaizal wrs_islamic01@yahoo.com
rindu padamu ya Rasulullah saw.. doakan umat Islam diberi kemampuan dan kekuatan utk menjejak kaki ke Makaratul Mukarramah.. ameen...
Sat 25-Mar-2006 12:50
Posted by:aisyah humairah ummul_quraa@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Friday, 12-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
A TRIP TO MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Hotelpenginapan kami
lalulintas di Makkah
kawasan yang panas n berbatu
View all 6 photos...


Rombongan kami telah ditempatkan di Hotel Zahret Makkah yang terletak betul-betul di hadapan Babul Umrah yakni pintu masuk bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah. Jarak Babul Umrah ke hotel kami tidak lebih dari 60 meter (rasanyer..hihi)



Jalan masuk menuju ke Jabal Tsur iaitu bukit tempat persembunyian Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama Saidina Abu Bakar ketika orang Kafir Quraisy ingin membunuh Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah bersembunyi di dalam Gua Tsur yang ditutupi oleh sarang labah-labah. Mengikut ketua rombongan kami, jika ingin mendaki menuju ke Gua Tsur, ia akan mengambil masa lebih kurang 2 jam pendakian. Oleh itu rombongan kami tidak mendaki bukit tersebut. Kebetulan semalam sebelom kami tiba di kaki Jabal Tsur, Makkah telah dilanda hujan lebat dan banjir. terdapat kesan pasir dan tanah runtuh di kaki Jabal Tsur. Gambo close up nanti saya letakkan ek.






Gambar ini menunjukkan perkuburan para syuhada UHUD yang terkorban ketika melawan golongan kafir. Memang tanah perkuburan ini tidak bertanda ia cuma dipagar dan dipasang tembok batu. Boleh dilihat kawasan kubur rata dan berbatu. Di sinilah bersemadinya Saidina Hamzah r.a iaitu bapa saudara kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. Saidina Hamzah telah terbunuh dalam peperangan UHUD ini.Saidina Hamzah ialah bapa saudara Baginda yang banyak melindungi Baginda dan merupakan seorang pahlawan yang terkenal ketika itu.




Ini adalah gambar semasa saya mendaki Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama. Saya mengambil masa 36 minit untuk sampai ke puncak, dan cuba bayangkan Saidatina Khatijah mendaki pada usia yang lanjut (lebih kurang 55 tahun, iaitu ketika Baginda berumur 40 tahun untuk wahyu yang pertama) untuk menghantar makanan kepada Baginda yang ketika itu bersunyi-sunyian dia dalam gua Hira' kerana kecewa dengan penduduk Makkah yang terpesong dari jalan yang benar. Saidatina Khatijah bukan sahaja mendaki malah Saidatina Khatijah menempuh perjalan yang jauh iaitu dari kota Makkah ke kaki Jabal Nur. Bayangkan. Perjalan dari Kota Makkah mengambil masa 10 minit menaiki van ketika ini. Jika dapat dilihat, dalam gambar tersebut saya berada di atas dan kelihatan amat kecik (yang angkat tangan kedua belah mcm ultramen tu..)..hihi.. . Mungkin rezeki ketika itu, saya yang amat gayat dengan ketinggian dapat sampai ke puncak bersama kakak saya. Dengan pendakian yang berbatu dan setiap ketinggian saya dapat melihat Kota Makkah. Saya tidak dapat bayangkan kalau terjatuh, kerna tiada pokok untuk dipegang ketika mendaki berlainan sekali ketika daki gunung di tanah air. KEtika pendakian kami kerap kali ditegur oleh rakyat tempatan dan juga penduduk U.A.E atau tempat lain (saya pon tak pasti hihi). Semua begitu mengenali Malaysia (kembang pon ade gak mase tu ..tapi control beb..). Oleh itu perjalan telah tertangguh bebrapa minit ( dia orang ajak borak2 ), kalau tidak mungkin tidak sampai 30 minit ke puncak..hihi

rajin sayer upload lagi ek

tee jay

Care to comment?


Wednesday, 10-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mawi berhak menang

mawi baca doa selamat


MAWI (tiga dari kiri) membaca doa selamat pada majlis penutup dan penyerahan bintang-bintang AF3 ke pangkuan keluarga masing-masing sambil diperhatikan M. Nasir (empat dari kiri) di Banglo Akademi Fantasia di Seri Kembangan, malam tadi


Quote:

Mawi berhak menang - M. Nasir

Oleh: Nor Fadzilah Baharudin

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tidak ada konspirasi untuk memenangkan Mawi. Malah tidak ada strategi tertentu dengan memberikan lagu baru, Aduh Saliha ciptaan Pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3), M. Nasir kepada pelajar itu pada konsert akhir, malam tadi.

``Mawi berhak menang,'' kata M. Nasir yang lebih dikenali sebagai `sifu' di kalangan industri hiburan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, M. Nasir berkata, pemilihan lagu Aduh Saliha ciptaannya yang dinyanyikan Mawi malam tadi, hanya secara kebetulan sahaja.

``Ini bukan bermakna saya mahu memastikan Mawi muncul johan,'' katanya lagi.

Ada sesetengah pihak melihat dengan menyanyikan lagu ciptaan M. Nasir itu memberi isyarat yang Astro dan pengetua AF3 itu mahu Mawi menjadi juara.

Pengetua AF3 itu sebaliknya menyuarakan rasa gembira dengan kemampuan Mawi membawakan lagu Aduh Saliha itu dengan begitu baik dan berkesan.

Dalam pada itu, M. Nasir turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya beliau menerima RM1 juta sebagai ganjaran menjadi pengetua AF3.

``Tak ada. Tak ada. Gaji saya macam gaji guru besar sahaja,'' katanya sambil berseloroh.

Selain juara AF3, Mawi, 24, dari Felda Taib Andak, Kulai itu juga menggondol Anugerah Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Mengulas prestasi keseluruhan pelajar, M. Nasir berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan mereka pada konsert terakhir malam tadi tetapi `bukan betul-betul cukup terbaik' berbanding konsert mingguan AF3 sebelum ini.

``Peserta yang dipilih memang boleh menyanyi dan tidak mempunyai masalah cuma bergantung kepada persediaan mereka untuk ke peringkat akhir dan sebagai-nya,'' katanya.

Pada kemuncak konsert mingguan di Stadium Malawati, Shah Alam itu, Mawi mendendangkan lagu Seroja dendangan asal S. Effendi dan Aduh Saliha.

Mawi memperoleh 58 peratus, meninggalkan pesaing terdekatnya, Felix yang mendapat 30 peratus, Amylea lapan peratus dan Marsha hanya empat peratus.

Mengulas lanjut, M. Nasir berkata, sepanjang pengamatannya, beliau mendapati setiap pelajar mempunyai tahap kesungguhan tersendiri dan mahu belajar dalam bidang nyanyian ketika berada di akademi itu.

Beliau menganggap semua pelajar sebagai anaknya sendiri sepanjang mengetuai AF3



Ehsan dari Utusan Malaysia (8/8/2005)



Care to comment?


Tuesday, 9-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Dedikasi KHAS: Syafeeza n her convocation

pza n her frens
practical day..
in purple
View all 6 photos...


>>On her convocation day..from left ..mimi sexy, pza, fadh, mooke, aiFa n mmimah




>>pza, hidayah tohiran (isteri wafi), nanad


==========================================================tee jay...

Menunggu Jawaban

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

betapa pilunya (was: derunya) rindu menusuk jiwaku
semoga kau tau isi hatiku
dan seiring waktu yg terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu


- mohon maaf, yang bergaris bawah ("derunya").. saya agak kurang yakin agak gak jelas sih
- "derunya" diganti "pilunya" sesuai masukan di comments, thanks (5 Agustus 2005)

>>thanks to nik joe for the lyric


siapa nyanyi lagu ni ?
Mon 8-Aug-2005 00:32
Posted by:yati
haha..lagu ni nyanyian PADi kumpulan Indon tu...OSt tuk filem baru ..Ungu Violet...lakonan Dian sastro..eh ni yati yg jelita tu ker...hehhe
Mon 8-Aug-2005 02:58
Posted by:tauficojose
aku dah letak lirik dia..so enjoy ...
Mon 8-Aug-2005 03:03
Posted by:tauficojose  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 8-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Prihatin Terhadap Pesakit Epilepsy...atau Sawan dalam MElayu

Ramai rakyat Malaysia yang begitu takut pada mereka yang menghidap penyakit misteri ini.Epilepsi atau lebih dikenali dikalangan orang melayu sebagai sawan atau sawan babi bukanlah satu penyakit yang berbahaya..malah ia tidak akan berjangkit. Pengalaman menghadapi orang yang mempunyai epilepsi telah membuatkan persepsi saya terhadap pesakit ini berubah. Perasaan simpati dan sedih kerap melanda diri ini apabila mengenang individu yang menghadapi penyakit ini. Mereka secara zahir kelihatan seperti kita yang normal malah berpakaian seperti kita semua, namun apabila penyakit ini menyerang..mereka akan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Ini diketahui berpunca daripada gangguan cetusan yang berlaku di dalam otak pesakit. Pesakit akan kembali normal setelah cetusan ini berakhir..dan ia akan tamat dalam masa yang amat singkat.Sawan babi pula adalah epilepsi yang mengeluarkan buih di mulut. Namun ia sebenarnya bukanlah buih yang yang disebabkan oleh epilepsi ini. Buih terjadi disebabkan saluran pernafasan pesakit tersumbat dengan air liur pesakit yang keluar disebabkan pesakit tidak sedarkan diri.( Jadi jangan anda geli untuk menolong pesakit..kerana air liur ini tidak membawa sebarang virus epilepsy ## ingat epilepsi bukan disebabkan virus!!). Di negara barat umumnya, dan khasnya Amerika Syarikat ..pesakit ini diberi sokongan kuat oleh masyarakat..dan mereka dianggap sebagai individu yang normal. Oleh itu kita sebagai warga Malaysia perlu mengubah mentaliti yang mengatakan pesakit epilepsi ini berbahaya dan memandang rendah terhadap pesakit2 epilepsi. Saya sebagai rakyat Malaysia ..ingin mengajak semua warga Malaya bayangkan pesakit misteri ini dihidapi oleh mereka yang kita sayangi..apa yang kita rasa?..Sedih bukan ..

Quote:
Epilepsi gangguan otak
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

GILA babi, kaka elupa (tarikan gagak di dalam bahasa tamil) dan ding yang (kambing gila, Cina) - gelaran lain epilepsi ini sedikit sebanyak telah memberikan impresi negatif terhadap penyakit itu.

Pada zaman dahulu kala, epilepsi dikaitkan dengan ilmu tarikat, kuasa ghaib, sihir dan sumpahan, keadaan yang menakutkan seperti hantu syaitan dan balasan dosa, menyebabkan penghidap epilepsi sering disisihkan.

Walaupun tidak seteruk dulu, namun, sehingga kini masih ada yang beranggapan gangguan yang turut dikenali sebagai sawan, terjadi akibat buatan orang.

Hippocrates merupakan orang pertama yang membuktikan teori epilepsi sekitar 400 tahun sebelum masihi, ketika itu dikenali sebagai penyakit keramat.

Pada tahun 1494, kira-kira 200,000 ahli sihir wanita mati didera kerana dipercayai mempamerkan sifat-sifat gangguan epileptik. Sehinggalah awal abad ke-18 dan 19, barulah pengertian sebenar epilepsi sebagai satu keadaan gangguan otak diterima ramai, terutamanya di Barat.

Ini diikuti dengan pengenalan ubat antileptik pertama - Bromid pada tahun 1857 yang telah digunakan secara meluas.

Pakar psikiatri Jerman, Hans Berger pada tahun 1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi merekodkan kehadiran pelepasan elektrikal di dalam otak, seterusnya memungkinkan rawatan pembedahan tiga dekad kemudian.

``Penyakit epilepsi bukan satu petanda buruk dan memalukan dalam hidup pesakit. Bukan penyakit berjangkit dan tiada masalah mental.

``Kebanyakan pesakit mempunyai tahap kecerdasan otak yang normal mahupun melebihi purata normal,'' kata Perunding Kanan Neurologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Beliau berkata demikian selaku salah seorang panel pakar neurologikal tempatan dan antarabangsa bagi membentangkan perkembangan terbaru mengenai rawatan dan pengurusan epilepsi di UKM, baru-baru ini. Majlis dianjurkan oleh firma biofarmaseutikal.

Malah, ada di antara para pesakit yang menjadi orang termasyhur dalam zamannya seperti Socrates, Napoleon, Julius Caesar, Pop Pius IX dan Czar Peter, sekadar menyebut beberapa nama.

Menurutnya, epilepsi berpunca daripada gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan, menyebabkan penderitaan serius. Ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.

Adalah dianggarkan, sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka manakala kira-kira dua juta kes baru dilaporkan setiap tahun.

``Sawan disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot,'' ujar beliau.

Dr. Raymond Azman berkata, lain-lain bahagian otak juga boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat.

Ada sawan yang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersebar secara meluas di seluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik. Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila mana pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak.

Sehingga kini, tidak diketahui apakah punca sebenar yang menyebabkan epilepsi. Namun, bagi sesetengah pesakit, jangkitan otak, kekurangan oksigen, pendarahan otak, komplikasi penyakit seperti buah pinggang dan penyakit kemerosotan otak seperti alzheimer, boleh menjadi penyebabnya.

Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari, juga beberapa bulan sekali.

* Sawan menyeluruh (grand mal/sawan tonik-klonik)

Melibatkan keseluruhan otak, pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, badan mula bergoncang atau mengalami konvulsi (tarikan), meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa.

Air ludah mungkin berbuih, dan mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.

Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku.

Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur selama setengah jam atau lebih.

Bila terjaga, pesakit seolah-olah termenung dan bingung buat seketika dan tidak mengecam orang di sekelilingnya.


Apa yang perlu dilakukan?

[size=15]* Jangan panik. Baringkan pesakit tersebut di tempat selamat. Alaskan kepalanya dengan sesuatu yang lembut. Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit bagi mengelakkan kekurangan oksigen.

* Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya. Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.

* Jangan letakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit terutamanya jari anda kerana ini boleh mencederakan anda. Gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan.

* Adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh. Elakkan memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa.

* Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari bergerak. Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu iringkan badannya supaya saluran pernafasannya lapang.

* Jika pesakit keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan bahawa semuanya adalah seperti sedia kala. Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.

* Sawan partial kompleks (sawan fokal/gangguan psikomotor)

Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan aktiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba di bahagian otak di sebelah belakang pelipis.

Pesakit tersangat bingung, melakukan perbuatan yang berulang-ulang dan perbuatan yang tidak menyenangkan, tidak sedar apa yang sedang dilakukannya dan tidak mengecam persekitarannya.

Tanda-tanda perbuatan ganjil di luar kawalan seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan dengan pandangan yang kosong, gagal mengikut arahan, merapu, sentiasa gelisah dengan pakaiannya.

Pesakit seperti dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapat menjawab sekiranya disoal. Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikan perbuatannya.

* Sawan absens (petit mal)

Banyak terjadi di kalangan penuntut sekolah rendah. Pesakit tidak sedarkan diri dalam masa sesingkat 30 saat, tidak melibatkan jatuh atau konvulsi.

Mungkin matanya kerap berkedipan atau anak mata memandang ke atas buat seketika. Kemungkinan sesetengah bahagian badan atau mukanya akan mengerenyut.

Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku. Pesakit disalah anggap sedang berangan-angan atau tidak fokus.

Terdapat kes-kes di mana pesakit diserang berkali-kali dalam sehari sehingga mengganggu pembelajaran di bilik darjah.

Separuh daripada kanak-kanak yang mengalami epilepsi jenis ini beransur pulih apabila mereka semakin dewasa.


Apa yang perlu dilakukan?

* Kanak-kanak nampaknya biasa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat dia mula tidak sedar di mana dia berada. Temani pesakit sehingga sawan berhenti, dan kemudian beritahu apa yang telah berlaku. Ini dapat membantunya meneruskan apa yang sedang dilakukannya sebelum serangan tadi.

* Kebanyakan sawan mengambil masa satu atau dua minit sebelum pesakit pulih seperti sedia kala. Sekiranya sawan mengambil masa dua minit, atau pesakit mengalami kecederaan atau pernafasan terhenti, segera hubungi ambulans dan mulakan bantuan resasitasi mulut ke mulut.

Menurut Dr. Raymod Azman, oleh kerana pesakit selalunya tidak sedarkan diri, keterangan ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian sangat mustahak bagi mengenal pasti jenis penyakit.

``Tanda-tanda paling ketara bagi membezakan epilepsi dengan yang lain adalah, apabila sawan berulang, ada waktu bebas di antara kedua-duanya, pesakit normal dan sifat serangannya serupa.

``Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala,'' katanya.

Doktor akan menentukan jenis rawatan yang bersesuaian sama ada selepas temu janji pertama jika semua maklumat yang diperlukan diperoleh, ataupun setelah ujian lebih lanjut dilakukan.

Ujian yang dimaksudkan antara lainnya sama ada EEG, ambulatori EEG, imbasan CAT dan MRI.

Pesakit biasanya diberikan ubat-ubatan antiepileptik (AEDs) yang mempunyai satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.

``Setiap pesakit yang menggunakan antikonvulsi akan mengalami reaksi yang berbeza-beza.

``Misalnya sesetengah pesakit mungkin mendapat kesan sampingan dan pesakit lain tidak atau pesakit dapat mengawal sawan sebaik ubat diambil manakala pesakit lain memerlukan masa yang lebih panjang,'' katanya.

Terdapat juga pesakit yang tidak dapat mengawal langsung sawannya walaupun mengambil perubatan antikonvulsi.

Dr. Raymond berkata, apabila sawan pesakit adalah disebabkan oleh ketumbuhan, kecacatan salur darah atau keadaan-keadaan lain, rawatan pembedahan boleh dilakukan.

``Jika puncanya berjaya dibedah keluar, kebiasaannya sawan pesakit turut terhenti.

``Pembedahan juga disyorkan untuk mengeluarkan bahagian otak di mana sawan berpunca, tetapi ia hanyalah sesuai bagi sawan forkal/partial,'' katanya.

Lebih kurang 70 peratus pesakit sawan berjaya mengawal sawan melalui pembedahan.

Rawatan bantuan

* Mengubah cara hidup seperti tidak keluar lewat malam, lampu yang terang dan tekanan jiwa. Makan pada waktu yang sama supaya kadar gula dalam badan tidak jatuh, yang boleh menyebabkan anda pening dan mual.

* Kenal pasti punca serangan sama ada kurang tidur, lampu terang, tekanan, minum arak, berjalan jauh atau menghadiri majlis. Ikutilah langkah berjaga-jaga.

* Diet kategonik di mana pemakanannya tinggi dalam lemak dan rendah dalam karbohidrat.


Tip yang boleh dilakukan jika berhadapan dengan pesakit yang mengalami serangan epilepsi:

* Jangan cuba menahan pesakit dari merayap kecuali ke tempat yang membahayakannya.

* Jauhkan objek berbahaya.

* Jangan tenangkan pesakit dengan menggoncangkan badannya atau menjerit padanya.

* Temankan pesakit sehingga dia benar-benar pulih

Care to comment?


Sunday, 7-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kejayaan Mawi

victory!!!
giving his all

SENYUMAN JUARA: Selepas 10 minggu bertahan, Mawi akhirnya
membuktikan bahawa dialah juara sebenar untuk terus
bertakhta di hati peminat setianya dalam pertandingan
akhir Akademi Fantasia 3 yang diadakan
di Stadium Malawati, malam tadi



Quote:
SHAH ALAM: Calon pilihan ramai, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan juara musim ketiga program realiti, Akademi Fantasia (AF3), di Stadium Malawati di sini, tepat jam 11.18 malam tadi. Beliau juga memenangi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Kemenangan Mawi, 24 yang menyandarkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan Aduh Saleha, ciptaan M Nasir, memang sudah diduga kerana sejak dimasukkan semula ke AF3, kedudukan undian untuk peserta dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu sentiasa pada paras teratas.

Suara Mawi terutama ketika mendendangkan lagu Seroja memikat lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium itu, malah tiga pengkritik - Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramli dan Syafinaz juga terpegun dengan persembahannya.

Berikutan kemenangan itu, Mawi menerima hadiah bernilai RM321,854 termasuk sebuah pangsapuri (RM176,000), kereta Suzuki Swift 1.5 (bernilai 78,000), wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London dan Paris, produk Olympus, trofi serta hadiah iringan lain.

Hadiah disampaikan oleh pengetua AF3, M Nasir. Rancangan itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Radio Era.

Pelajar yang dikatakan mempunyai aura tersendiri itu sambil dua kali melaungkan ‘Belia Benci Dadah’ bersyukur kepada Tuhan yang memberi rezeki kepadanya dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mengundi menerusi SMS.

Tempat kedua pula menjadi milik peserta dari Kota Belud, Sabah, Felix Agus. Kemenangan Felix, 23, juga tidak mengejutkan kerana undian untuk beliau sentiasa mengekori rapat peratusan undi Mawi.

Beliau yang menyanyikan lagu Kudaku Lari (dipopularkan Datuk Sharifah Aini) dan lagu baru, Warkah Berlagu Pilu ciptaan Adnan Abu Hassan menerima wang tunai RM10,000, pakej percutian ke London, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, produk Olympus, trofi serta hadiah iringan lain.

Pelajar wanita berbakat besar, Amylea, 19, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Pelajar dari Langkawi, Kedah itu menerima wang tunai RM5,000, pakej percutian ke London, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, produk Olympus, trofi dan hadiah iringan lain.

Seorang lagi finalis wanita, Marsha, 19, dipilih sebagai pemenang keempat yang melayakkannya menerima wang tunai RM4,000, pakej percutian ke Bali, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, trofi dan hadiah iringan lain.

Tempat kelima dimenangi Mohd Yazer Yusof (Yazer), 23, yang tersingkir selepas konsert kesembilan bersama Mohammed Zulkefli Mohd Idir (Kefli), Sabtu lalu.

Yazer menerima wang tunai RM3,000, pakej percutian ke Bali, trofi dan hadiah iringan lain.

Sementara itu, Mawi diumumkan sebagai pemenang Anugerah Vokal Terbaik yang melayakkannya menerima wang tunai RM3,000 dan trofi. Bagi Persembahan Terbaik dimenangi, Mawi. Dia menerima RM3,000.

AF3 yang bermula dengan Konsert Prelude untuk memilih 12 pelajar, 31 Mei lalu disertai 20 pelajar. Bagaimanapun, lapan pelajar tersingkir sebelum dua lagi pelajar iaitu Mawi dan Marsha diserap selepas konsert pertama AF3 berakhir.

AF3 turut disertai Amylia Mohd Azlan (Amy) Asiahtunakma Abdullah (Akma), Elliza Abdul Razak (Elliza), Norashikin Abdul Rahman (Ekin) dan Nor Farah Idayu Yaakob (Idayu).

Pelajar lelaki pula ialah Nik Mohd Aidil Nik Zamri (Aidil), Fuad Razlan Abd Azri (Fuad) dan Syaiful Reza Mohamed (Reza).

haha..tak per la Joe..tak sesuai lansung...nnt sapu semua award hahaha..ko ler..confirm aku buat JOe Fan Club..hehe ..ko ade bakat..charming..kui kui..mesti ramai awek kat luar tu undi..mcm.Mawi..siap ko leh ambik tempat pertama kedua ketiga..biar pecah rekod AF..hahhah
Sun 7-Aug-2005 04:34
Posted by:fernando jose  - [Link]
Mawi World! Kepada penyokong Felix, sila hantar AFBANTAH ke 32999. hihihihihihi
Sun 7-Aug-2005 04:59
Posted by:Nur
mawi waveesssssss


Sun 7-Aug-2005 07:43
Posted by:KNizam  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 6-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
----->>>.mawi maniac.....

cute tak ..pakai costume katak ijau
hehehe..jadi rabbit lak ..
itik pon ok ...comeyyyy
View all 6 photos...
Quote:
lagu2 baru dr jamal abdillah .best wooo!!!..visit this link http://xthost.info/khairilhusni/downloadrealjq.htm thanks a..moderator..hihi..sorry pinjam jap



kucing-kucing malaysia yang layan AF3..oleh kerana tuan nyer pon layan ..kucing ikut sekali vote mawi..hihi..





salah satu kucing ayu yg setia menyokong mawi




Sat 6-Aug-2005 13:07
Posted by:KNizam  - [Link]
Cayup Taufiq kau punya kucing membantu mawi mendapat undi. hehhe
Sat 6-Aug-2005 17:05
Posted by:Alex kimura  - [Link]
foto kucingnya bagus banget, aq suka
Tue 3-Jul-2007 04:50
Posted by:gendis gendis.cha@gmail.com
Add comment


Thursday, 23-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bercanda di MerSing

berkumpul di S04
lenggok pak abu oleh Hakim
sang pudin (roomate aku yg pertama)
View all 23 photos...
Argggggggg...bila lagi suasana ini nak diulangi...huhu..setiap tahun ..kita orang..SETan..n one gurl from SEI..semua akan berkumpul kat mersing ..celebrate our last yr as student...semua orang happy mase tu..arghhhhhhhhh..tapi skang sumer dah ade idup sendiri kerjaya sendiri ..takde lagi waktu indah untuk bersama..hanya tinggal aku jer n dua lagi sahabat di UTM tercinta..dulu ade gak plan nak buat gini ngan member2 baru..tapi asyik tak jadi jer..huhu




wazir ..dayah...cikun..cari aper a...sexy BB




wah..gambar2 semasa di mersing ..thn 2004..bulan march..bersama member2 set ian ..n hidayah sei..mersing mempunyai pantai yg luas cantik..pasir bersih putih..menarik ma




haloooooooooooo



rindunyer saat nihhhhhhhhh!!!!


bihun goreng yg semua budak2 mkn..aku yg masak..budak2.pompuan maleh2 belaka haha..kesian kat aku..

hik..hik..tj jeles..suka sgt dengki kt sue..hek..
Mon 27-Jun-2005 02:52
Posted by:hani
eleh...ziana zain la..yusry la..tipu larr..
Mon 27-Jun-2005 02:54
Posted by:hani
mari dengki tj plak..hahhaa...
Mon 27-Jun-2005 03:12
Posted by:hani  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.